Mount Kinabalu



Gunung Kinabalu adalah Gunung yang tertinggi di Asia. Gunung ini terletak di Banjaran Croker. Kundasang, Sabah di negara Malaysia.






Gunung Kinabalu dikatakan Gunung yang dianggap suci oleh golongan animisme yang berbangsa Kadazan Dusun di negeri Sabah. Gunung ini menjadi salah satu kebanggan rakyat negeri Sabah dan juga negara Malaysia. 


Gunung ini dinamakan 'Kinabalu' kononnya berasal daripada kisah seorang suami isteri yang tinggal di Gunung tersebut pada suatu kisah dahulu. Akan tetapi pada suatu hari si suami hilang dan tidak pulang-pulang. Si Isteri tetap setia menunggu kepulangan si suami. Pada suatu masa, si suami dikabarkan meninggal dunia di hutan. Si isteri tetap tinggal di pergunungan tersebut dan meninggal sebagai seorang balu yang berketurunan Cina. Oleh itu gunung tersebut dinamakan sempena balu cina tersebut, 'Cina-Balu'.

Adapula mitos lain, mengatakan nama Kinabalu tersebut bermula daripada perkataan 'Nabalu' yang mempunyai maksud tersendiri yang sangat unik. 

Pemandangan daripada Pekan Kundasang, Ranau, Sabah




Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments