The Return of Superman 2015

The Return of Superman adalah sebuah rancangan realiti TV (Variety Shows) yang mempaparkan Superman sebagai para selebriti Korea yang menjadi ayah kepada anak mereka. Rancangan ini telah menyedarkan ramai kaum bapa yang sibuk bekerja sehingga kadang-kadang lupa untuk meluangkan masa dengan anak-anak mereka. Dalam rancangan ini, anak-anak akan bersama-sama dengan ayah mereka tanpa ibu selama 48 jam dan harus menjalankan misi yang mesti dilaksanakan.

Antara Selebriti yang menyertai ialah :

Related image1. SONG IL GOOK
Anak- Song Dae Han (Kiri)Sulung
         - Song Min Guk (Tengah) Kedua
         - Song Man Se (Kanan) Bongsu


- Ketiga-tiga anak ini telah menjadikan rancangan ini popular dengan penyertaan mereka. Segala aksi dan telatah mereka yang mencuit hati telah mencuri hati ramai orang. Menurut kenyataan Song Il gook (Pelakon /actor) , di dalam rancangan ini Daehan adalah anak yang lebih banyak mewarisi sifatnya. Minguk pula anak yang pintar dan lebih banyak mewarisi sikap ibu mereka, Manse pula adalah anak yang sentiasa free-spirit. 



2. CHOO SUNG HOON

Anak- Choo Sarang 

- Choo Sunghoon adalah seorang atlet gusti yang sangat hebat. Merupakan seorang anak kacukan Jepun-Korea yang berkahwin dengan seorang Fashion Model yang terkenal iaitu Yano Shiho.  Sarang sangat aktif, pintar dan selalu membuat reaksi yang comel malah sarang adalah anak yang lasak.







3. LEE HWI JAE 

Anak - Lee Seo Eon
          - Lee Seo Jun 

-Lee Hwi Jae seorang pelawak dan pengacara telah dikurniakan dua orang anak kembar yang sangat comel, aktif dan pintar. Lee Hwi Jae menyatakan bahawa Seo Eon lebih banyak mewarisi sikapnya dan Seo Jun yang pintar lebih banyak mewarisi sikap ibunya. Mereka adalah peserta yang telah menyertai rancangan ini sejak daripada permulaan.


4. UHM TAE WONG

Anak- Uhm Ji Ohn

- Uhm Tae Wong adalah seorang pelakon/ actor yang terkenal adalah merupakan seorang ayah kepada anak yang comel dan manja, iaitu Uhm Ji Ohn. Namun Ji Ohn mudah mesra dengan orang-orang yang melawatnya ini menunjukkan bahawa Ji Ohn seorang anak yang peramah dan tidak sombong.



5. LEE DONG GOOK

Anak - Lee Jae Ah
          - Lee Jae Si
          - Lee Seol Ah
          - Lee Soo Ah
          - Lee See Ahn

- Anggota Superman yang terbaru dalam rancangan ini. Seorang Pemain Bola Sepak kebanggan negara Korea kerana sumbangan yang telah menaikkan nama negara. Ayah kepada Dua anak perempuan yang sudah bersekolah, sepasang anak kembar perempuan dan mempunyai seorang bayi lelaki yang turut dipanggil dengan nama Daebak. Anak Sulungnya Jae Ah bercita-cita ingin menjadi seorang atlet Tenis yang terkenal dan telah menjalani latihan yang tegas daripada jurulatihnya serta Dong Gok. Keupayaannya menguruskan segala keperluan anak-anaknya disamping menghdapi kesibukan menjalani latihan mengagumkan ramai orang. 






Previous
Next Post »