Song Ji Hyo, bintang Korea yang terkenal dan menempah nama di merata dunia ini merupakan artis kegemaran saya. Song Ji Hyo dilahirkan pada 15 Ogos 1981, dan berasal daripada Pohang, Utara Gyeongsang, Korea Selatan.
Song Ji Hyo adalah seorang Pelakon, Modeling dan juga Salah seorang daripada Member Runningman, Rancangan Telvisyen yang amat popular di merata dunia. Merupakan satu-satunya peserta wanita yang cergas, ceria dan pintar. Namun, satu sikap Ji Hyo yang sangat mencuit hati adalah kuat makan dan kuat tidur.
Telah membintangi sebanyak 9 Filem, 9 Drama Bersiri (Television Series ) , 22 Rancangan Realiti TV ( Variety Shows) serta turut muncul dalam 10 Music Vedio. Song Ji Hyo juga telah tercalon dalam 15 Anugerah dan memenangi sebanyak 10 Anugerah.
Song Ji Hyo seringkali dikaitkan dengan seorang Penyanyi Rap, Kang Gary (Kang Hee Gun), kerana keserasian mereka dan keintiman mereka dalam Rancangan 'Runningman ' sebagai 'Monday Couple' dan telah menarik perhatian ramai Penonton kepada rancangan ini.
Sign up here with your email

ConversionConversion EmoticonEmoticon