Lahad Datu


Lahad Datu adalah satu daripada bandar terbesar yang ada di negeri Sabah, Malaysia. Wilayah Lahad Datu ini merupakan antara daerah yang terbesar di negeri ini. Terletak di bahagian Teluk, dan mempunyai banyak Pulau dan Pantai yang masih cantik dan asli dimana tempat tersebut belum diteroka sepenuhnya. 

Asal Usul nama daerah ini ialah Darvel Bay. Menurut beberapa kajian, tempat ini ditemukan pada abad ke -19 dimana Teluk Darvel ini memjadi tumpuan para lanun. Lanun-lanun menjadikan tempat Teluk Darvel sebagai tempat persinggahan mereka. 

Kemudian, menurut cerita asal usul dengan salah seorang penduduk Lahad Datu, Daerah ini mulai dipanggil Lahad Datu apabila seorang Datu telah membebaskan tempat tersebut daripada lanun. Jasa Datu tersebut dikenang sehingga ke liang lahad sehingga tempat ini dinamakan Lahad Datu.

Lahad Datu merupakan tempat perindustrian yang terbesar di Sabah dimana banyak kilang perindustrian didapati. 

Selain daripada itu, Lahad Datu turut menjadi tumpuan Pelancong asing untuk melawati tempat-tempat menarik di Sabah, Malaysia termasuklah Danum Valley, Tabin Wildlife Reserve, Tower of Heaven, Pulau Tambisan, Tanjung Labian, Tungku Beach Resort, Pantai Bagingod, Makuou, Tanjung Membatu dan banyak lagi. 

Lahad Datu juga meliputi kawan Felda yang amat luas sehing meliput 2/5 daripada kawasan Lahad Datu. Pembukaan kawasan Felda telah menawarkan peluang pekerjaan masyarakat setempat, seluruh Sabah malah Seluruh Malaysia.

Lahad Datu dikenali juga sebagai Pusat Pendidikan Pertanian. Antara tempat yang menawarkan Pendidikan Pertanian adalah Kolej Vokasional Lahad Datu Sabah dan Pusat Latihan Pertanian(AVTC). Meliputi 3 bandar iaitu, Lahad Datu Capital Town, Bandar Perdana, dan Harbour Town. 

Penduduk pelbagai bangsa menetap di Lahad Datu, termasuklah Orang Dusun, Bajau, Bugis, Cina, India, Suluk, Brunei, Cocos, Idahan dan lain-lain. 
Previous
Next Post »